Check these out!

and also...

Hi there....

hello

Saturday, April 28, 2012

Mamajahit Bengkung


Kali ini, saya post kah cara-cara menjahit bengkung ikut design sendiri tapi inspirasi dari beberapa blog yang jual bengkung online hehe. Setakat ini, saya belum pernah jumpa step by step untuk jahit bengkung, that's why sya post kan ^_^. Walaupun dalam adat kamiurang, teda pakai ni barang tapi sya rasa ini bagus untuk di aplikasikan, bagi sesiapa yang concern dengan perubahan badan selepas bersalin hehe (banyak kebaikan juga ni org bilang).. saya menggunakan jenis kain Belacu kaler krim. untuk bengkung ni, saya cuma perlukan 2 meter kain belacu sahaja (RM4.40/meter)...Murahkan hehe..
Langkah 1:

Draft kan lakaran ikut sukatan badan. Bagi saya yang berbadan kecik, since saiz pinggang around 26-27 " saja so, saya letakkan ukuran seperti di atas. Bahagian yg 14" tu adalah bahagian depan (perlukan lapisan kain yang lebih tebal untuk membentuk rahim kunun hehe) bergantung kepada anda, kalo nak besarkan lagi pun bulih.. *lupa nak inform: bahagian panel 14" x 18" ni telah pun di lipat untuk menghasilkan lapisan yang lebih tebal*  mcm x jelas pula ni gambar.. tinggi adalah 18" (dari bawah dada ke pinggul)
Langkah 2:
Gunting kain mengikut bahagian2...
~sediakan sepuluh (10) helai lubang tali : utk sya punya sya guna saiz 2" x 7" (ada yang prefer lebar lg dari ni)~
~ 2 tali untuk mengikat: 2m each: lebar, ikut suka hehe (sya punya 2" lebar hehe)~
~last skali, bahagian cover: just follow ukuran yang kita lukis tadi: untuk saya punya bengkung ni saya buat 18" x 56" (termasuk basi) ~
oops..lupa bagitau..untuk bahagian ini, sya lipat dua kain supaya lebih tebal (maksud dia..ada dua lapislah kunun)

mcm ni draft dia..
 
Langkah 3:
 
Jahitkan kesemua 10 lubang tali.

Langkah 4:
 Ini adalah bahagian cover yang di lipat dua. Jahitkan untuk attach kan kedua-dua keping kain. Untuk bahagian tepi cover yang nak di jahitkan lubang tali tu, biarkan open dulu sbb perlu susun lubang tali terlebih dahulu sperti gmbr di bawah.

Langkah 5:
Susunkan lubang tali dan tali (hehe) in between two layers of fabric. Biar jarak sekata, kemudian pin kan supaya senang utk jahit kemudian.

Langkah 6:
 Jahitkan. Supaya jahitan lebih kuat, saya jahitkan dua kali but yg 2nd time tu, saya gunakan jahitan bercorak supaya nampak lebih menarik.

Langkah 7:
Stage ni dah siap, so rentangkan cover tadi. Pastikan anda telah membuat garisan pada fabric untuk ukuran pinggang seperti pada gambar lakaran di atas tadi. lipatkan pada bahagian tersebut.

Langkah 8:
Lipat macam ni maksud saya.. supaya dapat kasi sisip tu lubang tali dan tali haha.. ( i mean, selitkan lubang tali dan tali di celah-celah lipatan).. then jahitkan seperti langkah 6 tadi.

Langkah 9:
 Kemaskan jahitan. Untuk bengkung ni, saya jahitkan jahitan corak pada sekeliling cover supya nampak lebih menarik.

Langkah 10:
Ta..da.. Siap! pakai tali tu secara zig zag.