Check these out!

and also...

Hi there....

hello

Wednesday, May 6, 2015

Cara Pemasangan Child / Baby Car Seat dan kepentingannya

Kenapa pentingnya Child / Baby Car Seat?



Tidak lama dahulu, berita melaporkan seorang bayi maut akibat tercampak keluar dari kereta ketika berlaku kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Ini bukan kes pertama berlaku di Malaysia yang melibatkan kematian bayi ketika kemalangan jalan raya akibat sikap tidak mementingkan keselamatan anak dengan tidak meletakkan anak di dalam kerusi bayi. Pastinya kes ini bukanlah kes terakhir sekiranya tahap kesedaran ibu bapa terhadap keselamatan anak ketika dalam perjalanan tidak ditingkatkan.

Pada tahun 2010, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) telah menjalankan ujian kemalangan dan mendapati penumpang dewasa tidak mempunyai kekuatan untuk menahan bayi atau kanak-kanak daripada terhumban ke depan ketika berlaku perlanggaran pada tahap kelajuan tertentu. Lebih menakutkan, pada kelajuan kenderaan 50 kilometer sejam, seorang bayi seberat 7KG boleh terhumban ke hadapan dan mengalami impak seorang dewasa yang jatuh dari tingkat lima sebuah bangunan.

Keputusan ujian yang dilakukan MIROS ini menunjukkan bayi adalah penumpang yang paling lemah dan menyumbang kepada peratusan tinggi dalam statistik kematian kanak-kanak di Malaysia yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.




Peningkatan kemalangan kereta yang melibatkan kanak-kanak setiap tahun adalah suatu kenyataan yang menyedihkan yang membawa persoalan kepada isu keselamatan kanak-kanak. Kemalangan memang akan berlaku, tetapi apakah langkah-langkah keselamatan telah diambil oleh ibu bapa untuk memastikan keselamatan anak-anak mereka semasa di jalan raya?

Ia menjadi satu trend yang membimbangkan iaitu penggunaan tali pinggang keledar dan tempat duduk kereta keselamatan kanak-kanak tidak dititikberatkan atau di ambil serius oleh kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Kebanyakan ibu bapa seolah-olah berfikir bahawa mendukung anak-anak mereka atau membiarkan mereka duduk di atas riba sudah cukup untuk melindungi anak-anak daripada kemalangan.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa penggunaan kerusi kereta keselamatan kanak-kanak @ baby Car Seat tidak diwajibkan di Malaysia. Di Australia, bayi yang berada di bawah satu tahun dikehendaki menggunakan Baby Car Seat. Di Amerika Syarikat, anak-anak mestilah diletakkan dalam Baby Car Seat sehingga mereka berusia enam tahun atau berat sekurang-kurangnya 60 paun.

Ketiadaan undang-undang yang ketat telah membawa kepada sikap yang leka di kalangan ramai ibu bapa yang memilih untuk tidak melabur untuk Child Car Seat dan memastikan anak-anak mereka memakai tali pinggang keselamatan.

Antara isu-isu terkini yang mengakibatkan kehilangan anak yang tersayang (disebabkan kegagalan memasang Child Car Seat)

Bayi 9 bulan pula maut tercampak keluar dari MPV

Cara Pemakaian Child/Baby Car Seat

Accidents Happen When You Least Expect It.

Peringkat Pertama


Peringkat Pertama adalah untuk bayi yang berusia beberapa bulan hingga ke 18 bulan. Jenis Car seat ini sesuai untuk bayi yang baru lahir sehingga mencapai berat 13kg. Bagi jenis seat ini, ia harus dipasang menghadap ke belakang kenderaan .

Peringkat Kedua


Peringkat kedua pula adalah untuk bayi berusia sembilan bulan sehingga kanak - kanak berumur 12 tahun. Tempat duduk kereta keselamatan kanak-kanak ini boleh menyokong bayi seberat 9kg sehingga kanak-kanak seberat 36kg. Cara pemasangan seharusnya menghadap ke depan dalam kenderaan.


Peringkat Ketiga

Peringkat ketiga adalah untuk kanak-kanak berusia dari 4 tahun ke 12 tahun atau seberat 18kg sehingga 36 kg. Ibu bapa juga dinasihatkan supaya menggunakan tali pinggang keledar dengan kerusi kereta keselamatan kanak-kanak untuk memberikan keselamatan tambahan bagi anak-anak mereka.








No comments: